antara akal dan nafsu....

dua hari aku dan kawan kawan berkampung di intec uitm...bukan suka suka...namun kerana program pemantapan siswa yang diwajibkan kepada semua pelajar lepasan diploma ftmsk....seharusnya kami mendapat pengecualian....kami bukan pelajar baru....6 semester di kampus shah alam barangkali menjadikan kami lebih senior dari fasilitator yang ada.....kami satu satunya pelajar program diploma di ftmsk shah alam satu masa dahulu sedangkan pelajar yang lain semuanya daripada uitm kampus cawangan.....namun meski hati kecil memberontak....kami pujuk hati untuk merelakan diri mengikuti program ini....biarlah....mungkin ada baiknya yang tak kami ketahui.....

bermula dari hari khamis, sabtu dan berakhir pada hari ini...kami dihidangkan dengan ceramah...ceramah dan ceramah.....arrgghh!!....tepu rasanya otak....semuanya bagaikan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.....namun,bacaan yasin, solat hajat dan qiamullail yang dilakukan secara berjamaah amat amat aku hargai....rindu rasanya pada kenangan zaman sekolah dulu......dan aktiviti kelab aktuari sepanjang hari ini cukup membuatkan kami terhibur...sekurang kurangnya kami punya masa untuk bergembira dan ketawa bersama rakan rakan dan para senior disaat subjek subjek kian berat kami rasakan....


biarpun aku kurang mengambil perhatian saat ceramah ceramah diberikan,ada seorang penceramah yang mampu membuatkan aku langsung tak dapat mengalihkan perhatian....ustaz mohd.nor bin mamat....entah kenapa namanya pun turutku hafal....barangkali kerana ilmu yang diberikannya sangat menarik dan memaku perhatian....

dia bermula dengan membincangkan tentang akal dan nafsu...lelaki dengan 9 akal dan 1 nafsu sedangkan wanita diberikan 1 akal dan sembilan nafsu....itu yang kita fahami selama ini.....namun tidak kita sedari....nafsu yang disebutkan bukanlah syahwat...namun hanyalah kefahaman seorang melayu daripada istilah arab yang dimelayukan....dalam bahasa arab disebutkan tentang 'aqlun dan nafsun'...dan seharusnya jika diterjemahkan kedalam bahasa melayu merupakan akal dan jiwa.....dan ini lah yang digelar oleh orang orang dinegara barat dalam kajian mereka sebagai IQ dan EQ...intelligent quotient dan emotion quotient....

lelaki dilahirkan dengan 9kebijaksanaan dan 1 emosi sedangkan wanita dianugerahkan dengan 1kebijaksanaan dan 9 emosi....bukan bererti wanita kurang bijak dari lelaki....tapi bermaksud lelaki lebih menilai sesuatu berdasarkan kebijaksanaan dan teori manakala wanita menilai perkara lebih kepada perasaan dan emosi....inilah yang seharusnya kita mengerti dan fahami andai kita menginginkan hubungan dua hala berlangsung dengan sempurna....

lelaki seharusnya lebih memainkan peranan emosi apabila berhadapan dengan seorang perempuan sedangkan wanita sepatutnya menjadi lebih teori dan nyata ketika berurusan dengan seorang lelaki....hmmm...rasanya aku sangat sangat bersetuju dengan apa yang dikupas dan dihuraikan oleh ustaz tersebut......dalam sesebuah perhubungan....perlu ada tolak ansur dari kedua belah pihak....namun yang masih aku sangsi.....akan mampukah seorang lelaki memahami hati dan jiwa seorang wanita dan akan boleh ke seorang wanita mewaraskan fikirannya untuk mengerti hati dan jiwa seorang lelaki???....akan tercapaikah dek akal mereka atau akankah terus merana jiwa bila hati saling tak memahami apa yang mereka ingini??....

ego seorang lelaki lebih kerap menguasai dan sensitif seorang wanita seringnya mendominasi....dan akhirnya mereka kalah dalam perjuangan mencari bahagia yang diredhai.....entah kenapa...saat itu hati berharap seorang fikri akan turut bersama di dewan itu mendengar dan memahami......

entahlah...segalanya ditanganMu ya Allah....andai benar dia milikku,tercipta untukku dan memang dari rusuk kirinya aku Kau jadikan,aku benar benar berharap dialah yang terbaik, yang sebaik-baiknya untukku....lelaki yang akan paling sudi mengerti dan memahami jiwa ini.....dan andai mungin pertemuan ini hanya sekadar satu persinggahan...semoga kami akan diberikan segala yang terbaik,yang sebaik baiknya untuk kami......Engkaulah yang lebih mengerti dan mengetahui ya Allah.....dan semoga kami akan terus yakin dan berbaik sangka padaMu.......

1 pesanan untuk saya:

iman said...
January 13, 2009 at 10:58 PM

yied...
semoga ALLAH memberikan terbaik untuk kita semua..
moga2..kak ngah doakan =)

Post a Comment