si durjana 6.30.....


waaargh.....binatang apa ni??....ini adalah gambar yang kami snap dari poster roomate an dan syarifah....dan kami berempat sebulat suara telah bersepakat bahawa binatang ini(yang akan di modified) akan menjadi logo untuk group kami bagi presentation class finance nanti....apa komen anda??....

sebenarnya sekarang kami berada dalam kondisi yang agak tertekan...bukan hanya kami...malah aku percaya hampir semua pelajar di mana mana universiti di seluruh malaysia ini sedang tertekan mengejar dateline yang makin hampir ke garisan penamat.....melihatkan pada check list yang aku senaraikan, rasanya nak bernafas pun tak sempat!!!....malah kerana berlumba dengan masa....seringnya kami brainstorming idea ketika sedang makan, dalam kereta, dalam bas, malah juga ketika mandi!!....

letih sebenarnya....tapi nad sering mengingatkan aku supaya jangan mengeluh....betul tu....mengeluh hanya membuatkan kita semakin putus asa walhal garis penamat sudah terlalu hampir di depan mata....sebenarnya....sekarang aku berada di foyer fakulti menanti class 3rd language pada jam 8.00 malam nanti.....dan sebenarnya juga...niat aku duduk di sini adalah untuk mencari isu bagi artikel english yang harus disiapkan secepat mungkin dek kerana takkan boleh delay lagi.....tapi......nampaknya durjana 6.30 telahpun berjaya menguasai!!!....hehehe

anda tau apa itu durjana 6.30??....durjana 6.30 adalah satu simptom yang di mana penghidapnya akan merasa malas dan otak menjadi tumpul hanya ketika jam menunjukkan pukul 6.30 petang sehinggalah menjelang selepas maghrib iaitu hampir jam 8.00 malam.....ini bukanlah penyakit yang terdapat dalam buku- buku anda sekiranya anda seorang yang berada dalam bidang medik....akan tetapi, ini hanyalah gelaran yang kami berikan kepada simptom ini yang telah kami lakukan eksperimen keatasnya berkali kali.....malah pernah, ketika simptom durjana 6.30melanda, untuk menyelesaikan satu soalan matematik yang semudah 1+1=2 pun aku perlu mengambil masa lebih 30minit!!...dahsyat kan simptom ni??

maka...untuk siapa siapa yang merasakan anda juga pernah mengalami keadaan atau simptom simptom seperti ini, ia adalah merupakan durjana 6.30.....anda dinasihatkan supaya tutup buku walaupun anda adalah seorang yang tersangat rajin...ini adalah kerana anda hanya membuang masa yang boleh dimanfaatkan untuk perkara perkara lain....pergilah bersiap sedia mandi dan bersedia untuk menanti maghrib, ataupun siram pokok bunga, main kejar kejar dengan kucing, ataupun merepeklah di blog seperti yang aku sedang lakukan sekarang ni.....

oklah....rasanya cukup untuk aku merepek sekarang ni....baik aku pun tutup laptop, pergi surau dan tunggu azan maghrib kan??...sebab malam ni ada test writing n listening untuk subjek 3rd language....tak leh lambat masuk class....doakan kejayaan aku.....semoga kita semua sama sama berjaya....amiinnn.....

0 pesanan untuk saya:

Post a Comment