kadang kadang...cuma dengan satu soalan mampu merubah seluruh hari kita jadi sangat berbeza......hari yang suram boleh berubah menjadi hari yang sangat membahagiakan....dan mungkin juga hari yang gembira boleh serta merta jadi hari yang paling sengsara....merosakkan seluruh perasaan yang inginkan hari yang bahagia.....
kalau satu soalan...mungkin boleh lagi untuk dipositifkan fikiran....'oh, dia silap tanya agaknya...'.....tapi.....kalau soalan demi soalan diajukan....itu bukan tersilap pastinya kan??....tak boleh juga nak salahkan sesesiapa....itu hak semua orang untuk bertanya...memang fitrah insan sentiasa punya rasa ingin tahu kan??....
tapi kadang...kita yang bertanya terlupa....ada hati yang barangkali akan terguris dek pertanyaan kita......ada perasaan yang mungkin terhiris hanya kerana soalan tak bertapis yang kita ajukan.....hmm....barangkali bukan hal mereka untuk menjaga hati perasaan orang lain.....hati bukan untuk dijaga.....tapi dicalar balarkan dengan apa jua cara......betul ke semua tu??........
untuk yang bertanya.....ini jawapan aku bagi persoalan kalian.....
ada soalan...yang kita sendiri tak pernah tahu jawapannya.....barangkali kerana masa depan itu misteri.....hati dan perasaan orang lain juga terlalu misteri.... hingga kadang kita sering bermain dengan teka teki.....ada soalan...yang kita tahu jawapannya...namun tak sepatutnya untuk kita menjawab soalan tersebut.....kerana rahsia hati....barangkali cukup untuk aku kongsikan dengan Dia, Allah....teman terbaik yang aku miliki.....ada juga soalan....yang sepatutnya tak diajukan....kerana banyak komplikasi yang akan terjadi sama ada persoalan itu dijawab ataupun tidak......maka, lebih baik jika disimpan sahaja soalan itu dalam peti hati.....satu hari nanti jawapannya akan tetap juga kita ketahui......
cukuplah kita simpan yakin di hati......kerana Allah lebih mengetahui apa yang paling baik untuk kita......kadang kadang, pahit yang terjadi, akan ada manis dipenghujungnya.....dan kadang kadang....apa yang kita kehendaki, bukan itu yang terbaik untuk kita sebenarnya.......
soalan memang selalunya jarang tersilap...kerana kita tahu apa yang ingin kita tanyakan dan ketahui......namun jawapan....kita tak pernah tahu andai kita tersilap memilih kata.....yakin bukan sekadar apa yang keluar di bibir...namun apa yang terpahat di hati......bersatu dengan nadi.....dihembus dalam setiap hela nafas kita sehari hari......sebati menjadi diri......percaya yang takkan tergoyah walau apapun merintangi......
Allah tak pernah silap memberi....cuma kita yang sering tersilap menilai.....kita diberi akal untuk menilai....namun bukan hak kita untuk menghukum.....cuma Dia yang berhak menghakimi....Tuhan yang Maha Mengetahui................................
Kali ni berbaloi ke Melaka !
14 hours ago
0 pesanan untuk saya:
Post a Comment