manisnya senyumanmu~~~...


hari ni saye dapat 3 edisi Raudhah Tribune mase kat class....baik classmate saye kan....nak kongsi2 ilmu dgn sume....so...saye pun tergerak hati nak kongsi ilmu dengan korang sume jugak....kat dalam tu ada sharing teka-teki...hee....(^_^)...

soalan berbunyi begini......



1. siapakah orang yang manis senyum nya?
orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah, lalu dia berkata 'Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun'...lalu sambil berkata, 'Ya Allah, aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman....



2.siapakah orang yang paling sibuk?
orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman A.S.



3. Siapakah orang yang kaya?
orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara.



4. siapakah orang yang miskin?
orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.



5.siapakah orang yang rugi?
orang yang rugi adalah orang yang sudah samapi usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebajikan.



6.siapakah orang yang paling cantik?
orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.



7.siapakah orang yang mempunyai rumah yang luas?
orang yang mempunyai rumah yang luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebajikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.



8.siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kubur menghimpitnya.



9.siapakah orang yang mempunyai akal?
orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.



that's all~~

insafnye saye.....~~

p/s: berpesan-pesanlah dengan kesabaran.....(^_^)

0 pesanan untuk saya:

Post a Comment