untuk kamu yang mencari bidadari.......

urm...hari ni usha2 fb orang...then saya jumpe satu notes yg agak terkesan di jiwa....heee...jadi saya copy paste di sini....kepada insan tersebut...tuan punya notes...saya xdapat drop comment untuk kamu kerana kamu tiada dalam friend list saya....so...if maybe you read this entry, saya mintak izin sampaikan pesanan ini and i'm credited this to you...mr Kent Xarienx Ryuuras....thanks for the ilmu....=)






SEORANG penceramah wanita menjelaskan ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.

Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. Enam sifat itu disebutkan dalam sebuah kitab yang turut dibacanya.




1. Al Nananah - wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Al Manah - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Al Manaqah - wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. (Saya teringat satu masalah dulu wujud kumpulan pencari suami bergelar datuk. Dalam kumpulan ini ada beberapa orang wanita yang sudah bergelar beristeri yang juga turut berminat untuk mendapatkan suami bergelar datuk dan berkedudukan).

4. Al Hudaqah - wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia melihat apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.

5. Al Basaqah - wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

6. Al Salaqah - wanita yang mulut becok, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau majlis-majlis keramaian. Selalunya wanita ini cuba memonopolikan majlis. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.




Semoga kita tidak akan ditemukan dijodoh ataupun mendapat menantu dengan wanita yang memiliki sifat-sifat demikian. Walahu'alam.






p/s: astaghfirullah....di mana agaknya saya berada??....semoga saya dan kamu2 yang membaca *girls only* tidak tergolong dalam golongan2 di atas...amin Ya Rabbal A'alaminn...

2 pesanan untuk saya:

dari~ummie said...
May 30, 2010 at 4:36 PM

amin...
tapi yied,,
kalau lelaki pulak?
hihihi

starz said...
May 30, 2010 at 7:23 PM

yg lelaki payid xde jumpa lg...kalau ade nt payid copy paste disini oke...=p

Post a Comment