si durjana 6.30.....


waaargh.....binatang apa ni??....ini adalah gambar yang kami snap dari poster roomate an dan syarifah....dan kami berempat sebulat suara telah bersepakat bahawa binatang ini(yang akan di modified) akan menjadi logo untuk group kami bagi presentation class finance nanti....apa komen anda??....

sebenarnya sekarang kami berada dalam kondisi yang agak tertekan...bukan hanya kami...malah aku percaya hampir semua pelajar di mana mana universiti di seluruh malaysia ini sedang tertekan mengejar dateline yang makin hampir ke garisan penamat.....melihatkan pada check list yang aku senaraikan, rasanya nak bernafas pun tak sempat!!!....malah kerana berlumba dengan masa....seringnya kami brainstorming idea ketika sedang makan, dalam kereta, dalam bas, malah juga ketika mandi!!....

letih sebenarnya....tapi nad sering mengingatkan aku supaya jangan mengeluh....betul tu....mengeluh hanya membuatkan kita semakin putus asa walhal garis penamat sudah terlalu hampir di depan mata....sebenarnya....sekarang aku berada di foyer fakulti menanti class 3rd language pada jam 8.00 malam nanti.....dan sebenarnya juga...niat aku duduk di sini adalah untuk mencari isu bagi artikel english yang harus disiapkan secepat mungkin dek kerana takkan boleh delay lagi.....tapi......nampaknya durjana 6.30 telahpun berjaya menguasai!!!....hehehe

anda tau apa itu durjana 6.30??....durjana 6.30 adalah satu simptom yang di mana penghidapnya akan merasa malas dan otak menjadi tumpul hanya ketika jam menunjukkan pukul 6.30 petang sehinggalah menjelang selepas maghrib iaitu hampir jam 8.00 malam.....ini bukanlah penyakit yang terdapat dalam buku- buku anda sekiranya anda seorang yang berada dalam bidang medik....akan tetapi, ini hanyalah gelaran yang kami berikan kepada simptom ini yang telah kami lakukan eksperimen keatasnya berkali kali.....malah pernah, ketika simptom durjana 6.30melanda, untuk menyelesaikan satu soalan matematik yang semudah 1+1=2 pun aku perlu mengambil masa lebih 30minit!!...dahsyat kan simptom ni??

maka...untuk siapa siapa yang merasakan anda juga pernah mengalami keadaan atau simptom simptom seperti ini, ia adalah merupakan durjana 6.30.....anda dinasihatkan supaya tutup buku walaupun anda adalah seorang yang tersangat rajin...ini adalah kerana anda hanya membuang masa yang boleh dimanfaatkan untuk perkara perkara lain....pergilah bersiap sedia mandi dan bersedia untuk menanti maghrib, ataupun siram pokok bunga, main kejar kejar dengan kucing, ataupun merepeklah di blog seperti yang aku sedang lakukan sekarang ni.....

oklah....rasanya cukup untuk aku merepek sekarang ni....baik aku pun tutup laptop, pergi surau dan tunggu azan maghrib kan??...sebab malam ni ada test writing n listening untuk subjek 3rd language....tak leh lambat masuk class....doakan kejayaan aku.....semoga kita semua sama sama berjaya....amiinnn.....

peringatan untuk saya.....

17032009 BEL442 article review
18032009 BAB401 writing test (writing, listening)
19032009 FAC402 quiz #2
20032009 BAB401 reading test

23032009 BAB401 oral test
24032009 BEL442 analysis of article
25032009 FIN403 submit of group project
MKT404 test #1
26032009 ASC425 presentation of group project
27032009 BEL442 submit first draft of research report

30032009 FAC402 test #2
31032009 BEL442 presentation of research report
01042009 FIN403 test #2
MKT404 submit & presentation of individual assignment and group project
02042009 ASC425 test #2

06042009 BAB401 submit of group video project
07042009 BEL442 submission of final report
08042009 FIN403 presentation of group project

ya Allah...berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua dugaanMu ini dengan tabah wahai Tuhan...sesungguhnya aku hanya hambaMu yang serba dhaif dan kekurangan....maka aku mohon dengan sangat....berjuta kekuatan untuk aku terus tabah menghadapi ranjau dan rintangan disepanjang perjalanan......aku mohon dengan sangat ya Allah.....semoga segala yang Kau berikan ini adalah yang terbaik, yang sebaik baiknya untukku wahai Tuhan...dan semoga diperkenankan segala permintaan.....amin.......

selamat pengantin baru shida....


tahniah diucapkan kepada rashidah husuno, sahabat yang baik ketika di smakj dahulu...akhirnya bergelar isteri untuk suami tercinta....majlis di adakan di rumah beliau bertempat kluang, pada 15 march 2009....selamat pengantin baru shida...semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat hendaknya...amin....


antara yang hadir pada hari persandingannya itu ialah wana, ainun, istiqamah, dila, acid, kimin dan fahmi....dan termasuklah aku....walaupun tak ramai, tapi kami tetap meriah gitu....namun aku turut menumpang simpati pada wan, kudit dan jai yang terkandas di sayong dek kerana kereta rosak.....terlepas peluang mereka untuk turut meraikan hari bersejarah shida....akhirnya mereka patah semula ke jb dan kudit serta jai menuju ke ayer hitam dengan menaiki bas....

setelah menjemput mereka di bus stand ayer hitam, kami berlima pun meneruskan perjalanan menuju ke nilai....dalam perjalanan, kami sempat terserempak dengan satu kemalangan maut melibatkan motosikal....dan oleh kerana aku duduk di bahagian belakang pemandu, nampak la jugak mayat yang bergelimpangan tu...walaupun polis tutup dengan plastik hitam, tapi tangan dia terkeluar.....dan astaghfirullah hal azim......darah bertaburan atas jalan raya tu...Allah je yang tau macam mana kecutnya perut aku saat tu.....

tiba maghrib, kami singgah di ayer keroh untuk makan dan solat.....nasib aku agak malang agaknya hari tu...aku kehilangan gelang tangan kesayangan entah dimana......terkilan rasanya hati....sebab dah bertahun tahun aku pakai gelang tu....tapi tak pe lah...walaupun sedikit kecewa....redha je lah...semoga Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik insya'Allah.......

kami menurunkan jai di hentian seremban hampir jam 9.30 malam.....sesudah tu,mengikut plan asalnya,mereka nak turunkan aku di ktm nilai....mane la tau tiba tiba kudit risau pulak....tak pasal pasal hampir kami bertekak dalam kereta tu....akhirnya mereka menurunkan aku di ktm batang benar pada jam 10.05 malam.....

akhirnya aku tiba di kl sentral hanya pada jan 11.10 malam.....perkhidmatan ktm untuk ke shah alam dah pun tamat...terpaksa juga menyusahkan nad dan aisya untuk menjemput aku disana.....terima kasih kalian.....akhirnya aku hanya tiba di rumah tepat 12 malam....alhamdulillah.....selamat juga tiba akhirnya......tugasan demi tugasan menanti....semoga Allah akan sentiasa merahmati...amin.....

untuk kudit: maaf dit....aku bukan berniat nak tinggi suara pada kau...aku faham....kau sayang dan risaukan aku.....tapi maaf....aku tak boleh mengalah pada ketakutan.....walhal hati ni sebenarnya turut gelisah waktu tu.....tapi aku perlu jadi berani...aku perlu hadapi risiko....aku tahu bahaya....namun aku harus berdepan dengan semua tu untuk survive....aku harap kau faham semua tu dit....dan tawakallah pada Allah...semoga Dia akan sentiasa melindungi kita dari sebarang kejahatan dan bahaya......amin.....