satu masa dulu...tak pernah terlintas langsung di benakku tentang cinta itu....satu saat dulu....aku hanya gadis kecil yang langsung tak mampu berangan angan untuk memiliki cinta.....dan satu waktu dulu....aku tak pernah langsung mengenali cinta itu.....
mungkin kerana ego...atau mungkin kerana terlalu naif...ataupun mungkin kerana cinta itu belum lagi datang mengetuk pintu hati....lalu aku si gadis kecil itu...hanya memiliki impian ringkas tentang apa yang disebut cinta....tak pernah terfikir pun akan ada cinta yang bakal bersinggah dihati....tak pernah terbayang pun akan merana hati ini kerana cinta seorang lelaki....impianku hanya untuk belajar...belajar dan belajar.....kerja...bertemu seseorang...jatuh cinta dan berkahwin....cuma seringkas itu....alangkah ceteknya angan angan ku ketika itu!!!
mana ku tahu akan hadirnya cinta ketika usia hanya setahun jagung??....mana ku sangka akan datangnya dia tatkala aku langsung tak mengharapkan sesiapa??....takdir Allah bukanlah sesuatu yang mampu kita jangka.....dan sungguh...ketika usiaku hanya belasan tahun....aku mula mengenal erti cinta.....
dia bukanlah satu satunya yang mengetuk pintu hati....namun dia satu satunya lelaki yang aku jemput menghuni di kamar jiwa.....dia mengenalkan aku dengan apa yang dikatakan cinta.....dia mengajar aku erti rindu yang tak pernah aku duga....dan betapa aku rela meneguk manis pahitnya cinta hanya kerana dia.....sungguh demi kebesaranMu Ya Allah....cinta ini lebih dalam dari yang mampu ku jangka.....
bantulah hambaMu ini wahai Tuhan...aku takut kiranya cinta insan ini melekakan....betapa aku amat berharap ikatan hati ini sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayangMu ya Rahman....dan betapa aku sungguh mengharap semoga akan Kau anugerahkan segala yang terbaik untuk kami.....
aku amat tahu...cinta tanpa ikatan ini sangat sangat berdosa.....namun hati ini seringnya tak mampu untukku kawal.....tolong ya Allah...andai ada sisa suci untuk cinta ini....aku mohon dengan sangat.....peliharakannya wahai Tuhan....kerana kami hanya hambaMu yang lemah dan seringkali terpedaya dengan nafsu.....semoga ada yang baik menanti kami di hadapan perjalanan ini.....
wahai Tuhan yang membolak balikkan hati.....andai cinta ini akan ada kesudahan yang baik...semoga Kau hadiahkan segala yang terbaik yang sebaik baiknya untuk kami.....namun kiranya cinta ini hanyalah sekadar ujian yang Kau berikan untuk mengukur keimanan kami....semoga akan Kau kurniakan ketabahan...kesabaran dan ketenangan dalam hati hati kami....kerana sesungguhnya hanya Engkaulah yang lebih mengerti apa yang terbaik untuk kami......
hari ini...12 februari.....ulang tahun ke 22 untuk cintaku itu....selamat hari lahir wahai cinta.....semoga akan dipanjangkan usianya...semoga akan dihadiahkan kesihatan bagi dirinya....semoga akan dirahmati seluruh hidupnya...dan semoga akan sentiasa dihadiahkan kebahagiaan dalam setiap hari harinya.....sesungguhnya aku hanya mengharapkan segala yang terbaik untuk aku dan dia Ya Allah......
semoga penantian ini takkan sia sia.....hanya kerana Kau lah tempat kami bergantung harap dan meletakkan rasa cinta.......hanya Engkau ya Allah yang memiliki segenap cinta....moga bahagia yang kami damba akan Kau restui hingga ke syurga....Amin........
Kali ni berbaloi ke Melaka !
1 day ago
0 pesanan untuk saya:
Post a Comment