tubuh yang letih memujuk aku untuk berehat....mata yang mengantuk seakan akan di tarik tarik untuk terlelap....malah angin kipas yang sepoi sepoi bahasa seakannya membuai buai agar aku lena....namun begitu....tugasan demi tugasan yang belum sudah memaksa aku untuk berjaga......ya Allah...dugaan.....semoga aku tabah untuk menghadapinya....
sungguh...bergelar pelajar degree tak semudah memburu diploma dahulu...kini....aku benar benar terasa bahang letihnya menuntut ilmu....menapak keluar seawal 7.30 pagi dan hanya kembali ke bilik yang damai ini seusai hampir 8 malam benar benar meletihkan....malah jika seperti hari ini...bila kelas tamat jam 10 malam...dengan hujan yang lebat....bas rapid yang tak kunjung muncul dan akhirnya aku amat bertuah kerana hawa dan yan yang begitu baik hati sudi menjemput aku yang bersendirian tersadai di seksyen 2, aku hanya mampu tiba di rumah lewat 11 malam....terima kasih buat mereka...budi ini tak mungkin dapat aku balas....
entah kenapa, aku sering berharap agar aku punya masa yang banyak untuk melakukan semua perkara....tak perlu solat dengan terburu buru....tak perlu makan hanya ketika jam 10 malam.....dan tak perlu menunggu bas berlama lama hanya untuk pulang ke rumah......namun aku tahu....Allah telah bersumpah demi masa...yang sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian......semoga aku tak tergolong dalam golongan yang rugi....
sungguh...hati benar benar merasakan....semakin banyak dunia yang aku kejar....semakin banyak juga akhiratku keciciran....ya Allah....aku benar benar bukan lagi najihah yang dulu...najihah yang begitu cekap mengendalikan masa...najihah yang begitu mahir dengan time management nya.....aku benar benar sesat di jalan yang terang....seakannya mata terbuka namun aku tak mampu melihat gajah di hadapan mata.....aku terkejar kejar pada semua perkara....hingga kadang aku mencuaikan perkara penting yang tak sepatutnya aku lupakan.....
sungguh ya Tuhan...bantu aku dalam perjuangan menuntut ilmuMu ini....kerana aku bukan siapa siapa pun tanpa Engkau di sisi....aku menagih sekian banyak ilmu Mu di muka bumi ini....maka kenapa harus dunia yang ku kejar membuatkan aku alpa pada akhirat??....bukankah dunia itu milikMu...begitu juga akhiratMu??.....bantu aku untuk mengimbanginya wahai Tuhan....terlalu lemah aku sebagai insan....dengan cubaan yang baru sedikit sudah kucar kacir seluruh hidupnya....dengan ujian yang hanya secubit sudah mula berantakan seluruhnya....betapa lemahnya aku sebagai hamba.....
demi keagunganMu yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang.....aku memohon berjuta kekuatan untuk aku meneruskan perjalanan....ini jalan yang aku pilih...ini yang aku mahukan dan inilah yang Engkau berikan....maka aku benar benar berharap agar aku takkan mengeluh dengan apapun takdirMu yang berada di hadapanku wahai Tuhan.....bantu aku untuk mengharungi ujian....kerana sesungguhnya...hanya Engkau yang memiliki segenap kejayaan......
Kali ni berbaloi ke Melaka !
1 day ago
0 pesanan untuk saya:
Post a Comment