ice ice baby~~


peppermint chocolate chips!!!...huhu....
*sila maafkan kertas pembungkus coklat dibelakang yang merosakkan panorama*

hype!!...assalamualaikum.....sedapkan aiskrim ni??....saye tau bukan saye sorang je peminat peppermint chocolate chips di dunia....kerana setiap kali singgah di baskin robbins flavour ini selalunya sudah pon habis....haihh....kuciwa.....


maka kerana kecewa dan sangat mengidam...saya pun buat ais krim sendiri laaa...habis cite.....ini secret recipe mak saya kerana saya tak tau dia belajar dengan sape...tapi nampaknya sudah tidak secret lagi....tak kesah laa....mak saye kata jangan kedekut ilmu....nanti pintu rezeki tertutup....heheh...

so di sini saye nak share resipi ice cream ini dgn korang sume yang rasa2 cam teringin nak makan ice cream banyak2 tapi malas nak keluar duit banyak2....wakakaka....



ICE CREAM PEPPERMINT CHOCOLATE CHIPS

bahan-bahan

2 cawan coffee mate
2 cawan air
4 sudu gula
1 sudu ovallette
1/2 sudu perasa peppermint *sila tukar perasa mengikut citarasa anda...anggaran untuk perasa lain 1 sudu penuh*
1 bungkus chocolate chips *jika mahu...if anda xmahu, so akan jadi ice cream plain*


cara-cara

1. campurkan semua bahan kecuali chocolate chips. pukul hingga kembang.
2. bekukan adunan tadi dalam freezer selama 6jam++.
* selalunya saya bekukan semalaman. lagi lama lagi bagus sebab lagi beku adunan tu, lagi gebu+lembut ice cream anda*
3. keluarkan adunan yang dah beku tadi dan pukul lagi dalam keadaan beku hingga adunan menjadi double.
4. taburkan chocolate chips dan gaul dalam adunan tadi.
5. bekukan dalam freezer semula. *kira-kira semalaman juga*
6. siap dan boleh dimakan.

selamat mencuba ok...

p/s: kalau anda ikut nisbah resipi ini, anda akan dapat lebih kurang 3 bekas ice cream bulat yang besar itu....jimat kan???...

0 pesanan untuk saya:

Post a Comment