hari ini dan semalam.....

tsemua orang tahu hakikat yang insan berubah....masa dan keadaan akan merubah seseorang itu menjadi seorang yang lain dari yang dikenali....dan perubahan itu...tertakluk pada yang empunya diri...samada mahu berubah kepada kebaikan...ataupun yang sebaliknya....

bertahun tahun berlalu...aku akui...aku juga turut berubah...aku bukan lagi ieya 3tahun yang lepas...aku bukan lagi payied lebih 4 tahun yang lalu...dan aku juga bukan jiha yang keluargaku kenali bertahun tahun lamanya.....aku masih aku...hanya mungkin bukan aku yang mereka tahu...aku yang telah berubah dari segi perangai...perlakuan dan ideologi barangkali....

sungguh demi Allah....aku sebenarnya agak terkilan dengan aku yang kini....kerana perubahan demi perubahan yang berlaku....lebih menjadi kehancuran yang maha dahsyat....dan kadangkala....semua yang berlaku sering bertentangan dengan kehendak jiwa dan hati....malah...lebih mengikut nafsu barangkali.....

entah kenapa semua ini terjadi...mungkin kerana aku yang terlalu mencuba untuk berubah...atau mungkin kerana aku yang terlalu fleksible dan mudah mengadaptasi diri dengan sesuatu situasi...atau mungkin juga kerana....setiap apa yang aku lakukan untuk berubah bukanlah kerana Allah.....mungkin juga....

namun yang pasti...aku rindukan aku yang dulu.....aku rindukan aku dizaman sekolah dulu....naif...kerdil....berprinsip....jarang kalah dengan emosi...dan yang pasti.....berpuluh kali ganda lebih baik berbanding aku yang kini.....jahat ke aku kiranya aku menyalahkan perkara lain atas setiap perubahan yang berlaku??....bukankah itu bererti aku mnyalahkan takdir??......menyalahkan takdir bukankah bererti aku menyalahkan Allah??....nauzubillah....

Allah takkan mengubah sesuatu kaum kecuali ia mengubah dirinya sendiri......dan sudah pasti...aku bertanggungjawab sepenuhnya di atas setiap perubahan yang aku lakukan.....dan aku harus menangung seluruh natijah atas apa yang aku lakukan kan??....ya Allah....ampunkan hambaMu ini di atas setiap kesilapan yang telah berlaku...sungguh....kadang aku keliru dengan apa yang aku lakukan....

aku masih mencari....mencari aku yang dulu...mencari aku yang takut pada kemurkaan Allah....mencari aku yang sentiasa melakukan sesuatu kerana Allah.....mencari aku yang sering dahagakan cinta Illahi....sungguh...aku ingin berubah.....berubah kepada sesuatu yang lebih baik....namun entah mengapa...hati yang hitam seringkali terlalu payah untuk berubah kepada kebaikan.....

seorang sahabat pernah berpesan kepadaku.....'jika engkau ingin berubah,mengapa membiarkan diri terus dibelenggu dosa'....maaf wahai sahabat....hati benar ingin berubah...namun aku dah terlalu jauh terhanyut......aku perlu masa untuk kembali ke pinggiran.....aku bukan lagi aku yang kau pernah kenali bertahun tahun dulu.....aku ini mutiara yang telah terjatuh di lumpur kotor.....sinarnya telah sirna....malah keras membeku menjadi batuan hitam.....aku menanti seseorang...barangkali sesuatu.....faktor X yang dapat menyokong aku untuk berubah....sesuatu yang akan membantu...bukan menghukum.....malah menjadi semangat dan pendorong.....

aku bukanlah puteri yang tersesat di tengah belantara dan menanti putera penyelamat datang melindungi.....aku hanya aku.....gadis yang terlalu rapuh hatinya untuk menahan ombak badai yang menghempas hati.....perempuan yang terlalu nipis imannya untuk melawan godaan nafsu....dan insan yang hampir roboh jiwanya dek situasi yang kadangkala tak mampu untuk aku hadapi dengan akal yang satu......

maka demi Keagungan Mu Ya Allah.....aku mohon dengan sangat....jangan Kau pergi dariku walau mungkin kadang aku yang menjauhi Mu...usah biarkan aku sendiri terus terpengaruh dengan tipu daya syaitan musuhMu.....hanya Engkau yang aku miliki...teman dikala gembira mahupun berduka....sahabat yang takkan pernah meninggalkan aku walau sesaat.....kekasih yang aku damba walau sering aku khianati cintaNya.....

Ya Allah...semoga hari ini lebih baik dari semalam....dan semoga esok yang bakal tiba lebih baik dari hari ini....dan semoga takkan semalam lebih baik dari esok yang bakal menjelang.....semoga aku akan terus punya perasaan untuk menjadi lebih baik dari aku yang kini...semoga segalanya akan Kau berkati......

menjadi lebih berani......

AMARAN : entri ini adalah luahan rasa seorang gadis yang amat mementingkan diri. maka bagi anda yang ternyata mempunyai pendirian yang sangat berbeza dengannya ataupun sangat tidak suka kepada sikap mementingkan diri, adalah amat digalakkan agar tidak membaca catatan ini.

aku letih begini...terus terkongkong dengan alasan alasan kuno yang sebenarnya membayangi ketakutan mereka sendiri.... kenapa mesti aku harus menjadi mereka??....kenapa mesti mereka tidak mahu aku keluar dari kepompong yang menyelimuti mereka??...dan kenapa mesti marah bilamana seorang aku cuba untuk keluar dari ketakutan mereka??.....sedangkan ketakutan itu perasaan mereka!!...bukannya aku!!....

aku akui....aku adalah seorang anak, gadis dan adik yang tersangat degil dan keras kepala....itu aku sangat tahu.....namun kadang aku jadi keliru....andai setiap orang harus hidup dengan prinsip mereka sendiri, mengapa mesti aku harus menurut semua keinginan mereka sedang aku harus punyai pendirian sendiri???

pernah lama dulu, aku ditempelak fikri... katanya ' jangan jadi macam lalang!! hanya mengikut kemana arah ditiup angin'...benar katanya itu...dan pernah tersangat lama dulu, sewaktu aku di tingkatan 4 ataupun 5, atiqah menanyakan soalan cepucemas kepadaku ketika aku mengatakan padanya yang hampir seluruh hala hidupku ditentukan oleh orang lain termasuklah memilih baju raya sedangkan ketika itu, gadis sebaya denganku sepatutnya sudah punya citarasa dan pilihan sendiri....katanya ' habis, kalau satu hari nanti family kau tentukan jodoh dengan lelaki pilihan mereka yang langsung kau tak kenali, kau akan terima dan redha juga ke??'.....jawapan yang diterimanya saat itu hanyalah sengih dariku sedang hati berkecamuk hebat menentang semua campur tangan insan lain dalam masa depan ku....

andai ada hati yang sudi mengerti....andailah ada jiwa yang sudi memahami...atau andai mungkin ada insan yang sama sepertiku....aku pasti mereka tahu....bagaimana rasanya semua ini....bagaimana sakitnya terikat pada situasi yang mereka sendiri tidak ingini....sedang hati meronta ronta menentang...namun tak pernah punya peluang untuk menentukan hala tuju sendiri....tak pernah ada insan yang sudi menerima pendapat diri...dan tak pernah mampu membuat keputusan sendiri!!....

benar juga kata nadiah....'mungkin kerana kau antara yang terkecil dalam keluarga...maka sampai bila bila pun mereka akan memandang kau sebagai baby in the family'.....hah....aku sedar semua tu dan betapa sakitnya perasaan cuba menerima semua tu dengan rela dan redha....mereka kesayanganku....mereka sangat sangat aku hormati dan merekalah segala galanya bagiku.....namun mengapa mesti aku terus dipandang begini???....

pernah suatu ketika...sewaktu aku masih menjalani latihan industri....aku berbual dengan ayai dalam perjalanan pulang ke johor bahru....hampir juga kami bertekak kerana menegakkan pendirian sendiri....katanya aku terlalu degil....terlalu berani dan terlalu keras kepala.....heheh...walaupun aku sedar semua yang dikatakannya benar belaka....namun sebagai insan normal...seharusnya aku rasa tercabar bila dikata begitu kan??....

aku satu satunya anak gadis bapak yang memiliki lesen motor dan kereta sekaligus, aku satu satunya anak gadis emak yang panjang langkahnya hingga sering hilang entah kemana mana dan aku satu satunya adik perempuan mereka yang sering mereka runsingkan tentang perilakunya dek kerana seringnya aku menentang apa yang mereka katakan....haha....anda fikir saya bangga dengan semua tu??....mungkin tidak.....

bohong kalau aku katakan yang aku tak punya rasa takut....bohong juga andai aku nyatakan yang aku suka menentang kata kata dan nasihat keluarga....cuma yang mampu aku nyatakan dengan sebenar benarnya....aku beritahu pada hati yang aku perlu jadi berani...perlu...kerana aku harus tahu erti berdikari....

aku bukan orangnya yag boleh duduk diam tanpa melakukan apa apa....dan aku bukan orangnya yang suka untuk menyusahkan orang lain....aku sedar yang takkan sampai kemana pun aku andai aku terus hidup bergantung pada orang lain....kalau kemana-manapun aku harus dihantar dan diambil oleh abang, andai kata pada satu saat yang terdesak dan mereka tiada, apa harus aku lakukan jika aku langsung tak berani untuk keluar sendiri ataupun memandu sendiri??....andai aku langsung tak berani untuk meneroka dunia luar dan terus hidup dalam tempurung sendiri, apa harus aku lakukan andai tiba tiba aku tersesat di kuala lumpur sendirian??....

aku perempuan dan aku sangat sedar betapa cabaran hidup sebagai seorang anak gadis diperantauan amatlah berat dan besar....lalu aku perlu menjadi lebih berani untuk memastikan yang hidup mesti terus....usah dipertikaikan kenapa aku degil dan keras kepala....usah dipersalahkan atas semua perbezaan yang aku lakukan.....andai jalanan hidup kita berbeza....renungilah dan cuba mengerti...kerana itulah yang cuba aku lakukan andai ada yang memarahi.....cuba mengerti yang dimensi kita berbeza....situasi kita tak serupa....aku dengan apa yang aku lakukan untuk menangani kehidupanku dan kamu dengan apa yang kamu lakukan untuk menjalani kehidupan kamu....

pastinya rentetan hidup kita berbeza....namun tak semua yang berbeza itu harus terus dihukum salah...selagi aku masih insan seperti kamu....selagi aku masih anak yang tahu menghormati kedua orang tua ku...dan selagi masih kamu lihat aku belum tersasar dari jalan yang benar...selagi itulah hati ini harap dimengerti.....segala teguran dan nasihat pastinya aku terima dengan senang hati.....kerana aku hanya insan biasa yang seringkali tersilap melakukan sesuatu perkara.....dan yang tersangat aku pasti.....doa dari kamu semua yang sangat dihargai amat aku harapkan untuk meniti perjalanan hidup ini dengan lebih berani....semoga Allah memberkati......

antara akal dan nafsu....

dua hari aku dan kawan kawan berkampung di intec uitm...bukan suka suka...namun kerana program pemantapan siswa yang diwajibkan kepada semua pelajar lepasan diploma ftmsk....seharusnya kami mendapat pengecualian....kami bukan pelajar baru....6 semester di kampus shah alam barangkali menjadikan kami lebih senior dari fasilitator yang ada.....kami satu satunya pelajar program diploma di ftmsk shah alam satu masa dahulu sedangkan pelajar yang lain semuanya daripada uitm kampus cawangan.....namun meski hati kecil memberontak....kami pujuk hati untuk merelakan diri mengikuti program ini....biarlah....mungkin ada baiknya yang tak kami ketahui.....

bermula dari hari khamis, sabtu dan berakhir pada hari ini...kami dihidangkan dengan ceramah...ceramah dan ceramah.....arrgghh!!....tepu rasanya otak....semuanya bagaikan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.....namun,bacaan yasin, solat hajat dan qiamullail yang dilakukan secara berjamaah amat amat aku hargai....rindu rasanya pada kenangan zaman sekolah dulu......dan aktiviti kelab aktuari sepanjang hari ini cukup membuatkan kami terhibur...sekurang kurangnya kami punya masa untuk bergembira dan ketawa bersama rakan rakan dan para senior disaat subjek subjek kian berat kami rasakan....


biarpun aku kurang mengambil perhatian saat ceramah ceramah diberikan,ada seorang penceramah yang mampu membuatkan aku langsung tak dapat mengalihkan perhatian....ustaz mohd.nor bin mamat....entah kenapa namanya pun turutku hafal....barangkali kerana ilmu yang diberikannya sangat menarik dan memaku perhatian....

dia bermula dengan membincangkan tentang akal dan nafsu...lelaki dengan 9 akal dan 1 nafsu sedangkan wanita diberikan 1 akal dan sembilan nafsu....itu yang kita fahami selama ini.....namun tidak kita sedari....nafsu yang disebutkan bukanlah syahwat...namun hanyalah kefahaman seorang melayu daripada istilah arab yang dimelayukan....dalam bahasa arab disebutkan tentang 'aqlun dan nafsun'...dan seharusnya jika diterjemahkan kedalam bahasa melayu merupakan akal dan jiwa.....dan ini lah yang digelar oleh orang orang dinegara barat dalam kajian mereka sebagai IQ dan EQ...intelligent quotient dan emotion quotient....

lelaki dilahirkan dengan 9kebijaksanaan dan 1 emosi sedangkan wanita dianugerahkan dengan 1kebijaksanaan dan 9 emosi....bukan bererti wanita kurang bijak dari lelaki....tapi bermaksud lelaki lebih menilai sesuatu berdasarkan kebijaksanaan dan teori manakala wanita menilai perkara lebih kepada perasaan dan emosi....inilah yang seharusnya kita mengerti dan fahami andai kita menginginkan hubungan dua hala berlangsung dengan sempurna....

lelaki seharusnya lebih memainkan peranan emosi apabila berhadapan dengan seorang perempuan sedangkan wanita sepatutnya menjadi lebih teori dan nyata ketika berurusan dengan seorang lelaki....hmmm...rasanya aku sangat sangat bersetuju dengan apa yang dikupas dan dihuraikan oleh ustaz tersebut......dalam sesebuah perhubungan....perlu ada tolak ansur dari kedua belah pihak....namun yang masih aku sangsi.....akan mampukah seorang lelaki memahami hati dan jiwa seorang wanita dan akan boleh ke seorang wanita mewaraskan fikirannya untuk mengerti hati dan jiwa seorang lelaki???....akan tercapaikah dek akal mereka atau akankah terus merana jiwa bila hati saling tak memahami apa yang mereka ingini??....

ego seorang lelaki lebih kerap menguasai dan sensitif seorang wanita seringnya mendominasi....dan akhirnya mereka kalah dalam perjuangan mencari bahagia yang diredhai.....entah kenapa...saat itu hati berharap seorang fikri akan turut bersama di dewan itu mendengar dan memahami......

entahlah...segalanya ditanganMu ya Allah....andai benar dia milikku,tercipta untukku dan memang dari rusuk kirinya aku Kau jadikan,aku benar benar berharap dialah yang terbaik, yang sebaik-baiknya untukku....lelaki yang akan paling sudi mengerti dan memahami jiwa ini.....dan andai mungin pertemuan ini hanya sekadar satu persinggahan...semoga kami akan diberikan segala yang terbaik,yang sebaik baiknya untuk kami......Engkaulah yang lebih mengerti dan mengetahui ya Allah.....dan semoga kami akan terus yakin dan berbaik sangka padaMu.......

dan semester baru pun bermula.......

hari ini aku memulakan semester baru sebagai pelajar ijazah sarjana muda....masya'Allah.....semuanya serba kelam kabut......dengan jadual bersimpang siur.....borang borang pengecualian kredit yang berterbangan, encik md.said yang macam chipsmore....sebentar ada dan sesaat lagi hilang tanpa bayang serta subjek dan jam kredit yang subhanallah......sungguh berat rasanya untuk dihadapi....tapi inilah belajar kan.....bukan belajar namanya tanpa ujian dan cabaran......

turut juga aku memulakan kehidupan di rumah baru...bersama kawan kawan baru serta suasana yang baru......haha....sesi penyesuaian biasanya agak banyak kejutan bukan??.....malam kelmarin aku tiba di sini dengan barang yang maha banyak tepat jam 11.45 malam...dan hampir separuh malam aku habiskan dengan mengemas segala macatm keperluan yang aku bawa....sewajarnya aku pengsan hingga ke siang sesudah itu......bahkan lagi petang itu kami sekeluarga menghantar ayai ke klia.....cikgu muda yang ingin berjuang.....semoga akan diberikan dia kekuatan dan ketabahan untuk mendidik anak bangsa dirantau orang.....samarahan....entah bagaimana agaknya tempat tu kan.....berharap satu hari nanti aku akan kesana melawatnya.....melancong barangkali.....semoga......

esok....kuliah akan bermula.....terima kasih kepada syarifah yang membetulkan jadual waktu ku....kalau tidak barangkali aku akan ponteng kelas pertama ku untuk semester ini.....semoga esok akan membawa sinar yang indah dalam hidupku.....semoga esok aku akan terus mara tanpa ragu....dan semoga esok.....akan semakin banyak ilmu Allah yang dapat aku gali dan miliki...semoga......

juga esok....6 januari...ulangtahun ke-62 bagi mak......wanita mulia yang telah melahirkan dan mendidik kami 6 beradik......semoga akan Allah panjangkan lagi usianya...semoga akan ditambah kesihatan dan kemakmuran hidupnya....dan semoga akan banyak lagi kesempatan untuk aku memeluk dan mencium bau syurga darinya.....semoga......


tak juga aku terlupa......buat encik fikri yang sedang tekun menelaah pelajaran.....peperiksaan yang kian hampir barangkali membuatkan dia begitu tertekan......semoga akan dikurniakan hidayah untuknya....semoga akan dianugerahan kejayaan buatnya....dan semoga.......ketenangan akan dihadiahkan padanya.....semoga......

semoga semua doaku akan termakbul......semoga rahmat dan hidayah Allah akan sentiasa memayungi kehidupanku dan insan insan yang aku kasihi.....dan semoga......segala yang terbaik akan jadi milik kami......amin Ya Allah...amin Ya Rahman....amin Ya Rahim........

jalanan berliku.....

pelajar ijazah kini aku akhirnya...Alhamdulillah.....semoga semua ini takkan sia-sia.....memang kadang kita rasa Takdir itu kejam....tapi sering aku ingatkan pada diri....'Allah menyusun takdirmu dengan begitu cantik iya.....buka mata dan carilah hikmahnya'.....memang sering doaku semoga hati ini akan tetap yakin dan bersangka baik padaMu Ya Allah......

tiga tahun aku memburu diploma.....dan kini masih aku bergelar seorang pelajar.....masih ada dua tahun dalam jangkaan untuk aku secara rasmi bergelar pelajar.......tak pernah aku malu memberitahu yang aku seorang pelajar.....malah aku bangga.....dan kadang diluar akal waras aku berharap yang aku akan terus dapat bergelar pelajar......tapi aku tahu.....masa tetap bergerak dan waktu terus berlalu.....aku akan semakin dewasa...usia 22 bukan lagi muda.....aku bukan lagi gadis belasan tahun dan aku perlu merangka masa hadapan dengan sungguh-sungguh.....dan sungguh......jiwa sering mengingatkan hati.......'tak perlu lagi menoleh kebelakang......terus mara biarpun kau terlewat iya......selagi kau ikhlas....rahmat Allah sentiasa bersamamu'....

Ya Allah Ya Tuhan....bukan niatku untuk menyalahkan takdirMu....namun....jiwa yang lemah ini...seringkali bersungut dan merintih dalam tiap dugaan dan ujian........maaf Ya Allah....aku letih barangkali.......aku jarang bertemu insan yang sudi mengerti dan memahami.....aku jarang punya tempat mengadu rasa hati.... dan amat bertuahnya aku.....aku masih punya Engkau wahai Tuhanku......pendamping dikala susah ataupun senang.......gembira mahupun nestapa......namun betapa jarangnya diri ini bersyukur dengan nikmatMu......Astaghfirullah.......

sering aku keliru......buntu dengan liku-liku perjalanan yang aku lalui.....bingung dengan persimpangan demi persimpangan yang aku temui.....keliru untuk memilih dan takut tersalah pilih........sungguh demi Mu Ya Allah....aku mengharap petunjuk dari Mu untuk setiap pilihan yang aku lakukan....dan benar-benar aku mengharap kebaikan dari setiap anugerah yang Engkau berikan.......

tak tahu kenapa.......keliru ini tetap bertapak dihati dan makin berakar umbi.......tolong aku ya Allah.....kerana aku terlalu yakin pada Mu.......aku tahu...aku orangnya yang sering membiarkan takdir memutuskan semua persimpangan yang harus aku lalui......akulah orangnya yang sering membenarkan masa menentukan hampir semua perkara dalam hidupku......dan aku sangat tahu......apapun yang Kau berikan...apapun yang Engkau anugerahkan....biar taklah cantik dimata manusia...itulah yang terbaik untuk aku......itu yang tersangat aku pasti.....

dan aku cukup percaya......kadang kala yang terbaik dimata insan bukanlah yang terbaik untuk aku......keputusan yang paling baik bagi insan lain barangkali bukanlah yang terbaik untuk aku......maka aku redha dengan segala ketentuanMu wahai Tuhan......aku tahu siapa aku dan aku tahu aku takkan mampu memuaskan hati semua pihak....aku tak mampu menjelma menjadi perempuan luar biasa hanya untuk memuaskan hati semua......aku hanya aku....perempuan biasa yang punya hati dan perasaan.......yang punya akal dan fikiran.......dan punya Engkau sebagai Tuhan.......

cukuplah Allah sebagai wali...Tuhan yang maha mengerti dan memahami....aku tak perlu menagih simpati insan untuk dimengerti.......cukuplah keluarga dan rakan-rakan sebagai penceria hari-hari dan cukuplah ilmuMu yang ku gali sebagai penghibur hati......semoga apa yang Kau berikan ini Ya Allah...adalah anugerah terbaik yang aku miliki.....Alhamdulillah........