menjadi lebih berani......

AMARAN : entri ini adalah luahan rasa seorang gadis yang amat mementingkan diri. maka bagi anda yang ternyata mempunyai pendirian yang sangat berbeza dengannya ataupun sangat tidak suka kepada sikap mementingkan diri, adalah amat digalakkan agar tidak membaca catatan ini.

aku letih begini...terus terkongkong dengan alasan alasan kuno yang sebenarnya membayangi ketakutan mereka sendiri.... kenapa mesti aku harus menjadi mereka??....kenapa mesti mereka tidak mahu aku keluar dari kepompong yang menyelimuti mereka??...dan kenapa mesti marah bilamana seorang aku cuba untuk keluar dari ketakutan mereka??.....sedangkan ketakutan itu perasaan mereka!!...bukannya aku!!....

aku akui....aku adalah seorang anak, gadis dan adik yang tersangat degil dan keras kepala....itu aku sangat tahu.....namun kadang aku jadi keliru....andai setiap orang harus hidup dengan prinsip mereka sendiri, mengapa mesti aku harus menurut semua keinginan mereka sedang aku harus punyai pendirian sendiri???

pernah lama dulu, aku ditempelak fikri... katanya ' jangan jadi macam lalang!! hanya mengikut kemana arah ditiup angin'...benar katanya itu...dan pernah tersangat lama dulu, sewaktu aku di tingkatan 4 ataupun 5, atiqah menanyakan soalan cepucemas kepadaku ketika aku mengatakan padanya yang hampir seluruh hala hidupku ditentukan oleh orang lain termasuklah memilih baju raya sedangkan ketika itu, gadis sebaya denganku sepatutnya sudah punya citarasa dan pilihan sendiri....katanya ' habis, kalau satu hari nanti family kau tentukan jodoh dengan lelaki pilihan mereka yang langsung kau tak kenali, kau akan terima dan redha juga ke??'.....jawapan yang diterimanya saat itu hanyalah sengih dariku sedang hati berkecamuk hebat menentang semua campur tangan insan lain dalam masa depan ku....

andai ada hati yang sudi mengerti....andailah ada jiwa yang sudi memahami...atau andai mungkin ada insan yang sama sepertiku....aku pasti mereka tahu....bagaimana rasanya semua ini....bagaimana sakitnya terikat pada situasi yang mereka sendiri tidak ingini....sedang hati meronta ronta menentang...namun tak pernah punya peluang untuk menentukan hala tuju sendiri....tak pernah ada insan yang sudi menerima pendapat diri...dan tak pernah mampu membuat keputusan sendiri!!....

benar juga kata nadiah....'mungkin kerana kau antara yang terkecil dalam keluarga...maka sampai bila bila pun mereka akan memandang kau sebagai baby in the family'.....hah....aku sedar semua tu dan betapa sakitnya perasaan cuba menerima semua tu dengan rela dan redha....mereka kesayanganku....mereka sangat sangat aku hormati dan merekalah segala galanya bagiku.....namun mengapa mesti aku terus dipandang begini???....

pernah suatu ketika...sewaktu aku masih menjalani latihan industri....aku berbual dengan ayai dalam perjalanan pulang ke johor bahru....hampir juga kami bertekak kerana menegakkan pendirian sendiri....katanya aku terlalu degil....terlalu berani dan terlalu keras kepala.....heheh...walaupun aku sedar semua yang dikatakannya benar belaka....namun sebagai insan normal...seharusnya aku rasa tercabar bila dikata begitu kan??....

aku satu satunya anak gadis bapak yang memiliki lesen motor dan kereta sekaligus, aku satu satunya anak gadis emak yang panjang langkahnya hingga sering hilang entah kemana mana dan aku satu satunya adik perempuan mereka yang sering mereka runsingkan tentang perilakunya dek kerana seringnya aku menentang apa yang mereka katakan....haha....anda fikir saya bangga dengan semua tu??....mungkin tidak.....

bohong kalau aku katakan yang aku tak punya rasa takut....bohong juga andai aku nyatakan yang aku suka menentang kata kata dan nasihat keluarga....cuma yang mampu aku nyatakan dengan sebenar benarnya....aku beritahu pada hati yang aku perlu jadi berani...perlu...kerana aku harus tahu erti berdikari....

aku bukan orangnya yag boleh duduk diam tanpa melakukan apa apa....dan aku bukan orangnya yang suka untuk menyusahkan orang lain....aku sedar yang takkan sampai kemana pun aku andai aku terus hidup bergantung pada orang lain....kalau kemana-manapun aku harus dihantar dan diambil oleh abang, andai kata pada satu saat yang terdesak dan mereka tiada, apa harus aku lakukan jika aku langsung tak berani untuk keluar sendiri ataupun memandu sendiri??....andai aku langsung tak berani untuk meneroka dunia luar dan terus hidup dalam tempurung sendiri, apa harus aku lakukan andai tiba tiba aku tersesat di kuala lumpur sendirian??....

aku perempuan dan aku sangat sedar betapa cabaran hidup sebagai seorang anak gadis diperantauan amatlah berat dan besar....lalu aku perlu menjadi lebih berani untuk memastikan yang hidup mesti terus....usah dipertikaikan kenapa aku degil dan keras kepala....usah dipersalahkan atas semua perbezaan yang aku lakukan.....andai jalanan hidup kita berbeza....renungilah dan cuba mengerti...kerana itulah yang cuba aku lakukan andai ada yang memarahi.....cuba mengerti yang dimensi kita berbeza....situasi kita tak serupa....aku dengan apa yang aku lakukan untuk menangani kehidupanku dan kamu dengan apa yang kamu lakukan untuk menjalani kehidupan kamu....

pastinya rentetan hidup kita berbeza....namun tak semua yang berbeza itu harus terus dihukum salah...selagi aku masih insan seperti kamu....selagi aku masih anak yang tahu menghormati kedua orang tua ku...dan selagi masih kamu lihat aku belum tersasar dari jalan yang benar...selagi itulah hati ini harap dimengerti.....segala teguran dan nasihat pastinya aku terima dengan senang hati.....kerana aku hanya insan biasa yang seringkali tersilap melakukan sesuatu perkara.....dan yang tersangat aku pasti.....doa dari kamu semua yang sangat dihargai amat aku harapkan untuk meniti perjalanan hidup ini dengan lebih berani....semoga Allah memberkati......

0 pesanan untuk saya:

Post a Comment