setanggi syurga - IN TEAM


Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Kata janjiMu...
Seharum setanggi syurga

perang emosi!!!!....


'wahai Allah Tuhan yang menjadikan aku dan segenap makhlukMu di muka bumi ini...wahai Allah Tuhan yang menciptakan aku sebagai wanita yang memiliki perasaan halus yang tak pernah mampu terungkapkan dek kata kata......wahai Allah Tuhan yang lebih mengetahui tentang hakikat hidup yang tak pernah aku mengertikan maksud dan maknanya.....bantu hamba ini dalam berperang dengan emosi yang serba rumit ini ya Allah...hamba ini butuh bantuan.....'

silap ke aku kerana dilahirkan sebagai insan yang serba perahsia??....salah aku ke kerana terlalu menjadi manusia yang keterlaluan cuba menjaga hati, perasaan dan maruah orang lain??...hingga kadang aku usir dan ketepikan perasaan aku sendiri??.....hingga terlalu sering aku menghukum hati hanya kerana tak mahu ada hati lain yang mungkin akan terluka dek tingkahku yang barangkali serba tak sempurna???.....lantas...bila tiba satu masa...dimana terjadi sesuatu dek kerana rahsia yang tak mampu aku ungkapkan.....semua jari tertunding pada aku....sedang aku hanyalah manusia biasa yang kadang kala langsung tak ada kena mengena dengan situasi itu!!!!....

seringkali aku sisipkan pada hati.....'kau tahu bagaimana sakitnya bila berada dalam situasi tu iya...so...don't do that to other person!!....jangan biarkan ada orang lain yang merasakan sakitnya hanya kerana engkau!!'.....seboleh bolehnya aku berusaha agar takkan ada hati lain yang akan merasa sakit pedihnya apa yang aku rasakan.....semahunya aku ingin semua hati yang aku kasihi takkan menderita dengan apa yang aku pernah telan.....tapi aku tahu.....Allah lebih mengerti mengapa sesuatu itu harus dikurniakan kepada hambaNya.....

sukarnya berada dalam situasi begini.....tertekan dalam emosi yang menekan.....dan yang lebih menyakitkan....aku amatlah tak pandai untuk meluahkan apa apa pada siapa siapa pun...hanya kerana mahu menjaga hati.....maruah...dan perasaan orang lain......seringnya aku telan semuanya sendirian.....hingga lantas aku menjadi seorang pemendam yang pendendam!!....

kadang ada seorang kawan yang baik memarahi....'kenapa perlu kau kisahkan tentang hal hati orang lain sedang hati kau sendiri tak pernah orang peduli??'.....maaf nun....aku tahu semua tu....tapi aku tak pernah mampu menjadi orang lain yang takkan peduli tentang hati lain di sekeliling......bodohnya aku sebagai insan....aku hanya semakin mencalari perasaan sendiri yang terlalu sering tercalar dan terhiris.......malah kadang....calar lama belum pun sembuh sedang luka baru sudahpun menitis.....

terlalu banyak airmata yang aku bazirkan.....dan terlalu banyak juga perasaan yang aku tekan....dan kadang....seolahnya aku ingin mengalah pada emosi yang kian menyakitkan......berperang dengan emosi sungguh sungguh memerlukan kekuatan jiwa yang sangat kental untuk aku terus bertahan!!....

ya Allah....aku tahu ini semua ujian.....barangkali kafarah untuk dosa dosa yang aku lakukan...aku hanya insan biasa yang takkan terlepas dari kesilapan.....barangkali juga ini ujian untuk mengukur tahap keimanan.....aku tak pernah tahu bahagia apa yang akan Kau janjikan andai aku mampu terus sabar dan redha dengan segala dugaan.....namun ya Allah....aku mohon dengan sangat......bantu aku untuk terus berusaha meletakkan akal dihadapan perasaan.....hidup perlu aku teruskan walau hati kadang kalah dek tekanan.....bantu aku mengawal emosi dan perasaan ini wahai Tuhan.....aku hanya perempuan biasa yang takkan mampu lari dari kenyataan.....

kadang apa yang kita harapkan...bukan itu yang menjadi kenyataan...kadang juga.....apa yang kita inginkan...seringkali disalah mengertikan.....mungkin silap aku yang terlalu menjaga hati dan memendam perasaan.....biarlah.....Allah lebih mengetahui apa yang tersirat disebalik hati ini....Allah lebih mengerti tentang apa yang tak mampu untuk kita terokai.....dan Dia lah juga yang paling mengetahui....tentang rahsia hati yang tak pernah mampu terungkapkan dengan kalimah.....biarlah.....biarlah aku terus begini......barangkali ada hikmahnya yang tak aku ketahui.......

butterfly - melly goeslaw feat andhika pratama


Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menitis dan semakin parah

Bisa kurasa getar jantungmu
Mencintaiku apalagi aku
Jadikanlah diriku pilihan terakhir hatimu

Chorus:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
memeluk batinmu yang sama kacau karena merindu
oh..
Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
The precious messed up thoughts of me and you

Jalan ini jauh namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan mendekatimu
Namun ku tunggu

Chorus:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
memeluk batinmu yang sama kacau karena merindu
oh..
Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
The precious messed up thoughts of me and you

bad day.......

t
susahnya nak cari perkataan yang boleh describe kan hari ni....setelah berhari hari aku tekan diri untuk komited pada tugasan tugasan aku, at last i've got a fever.....dah 2-3 hari sebenarnya aku rasa tak sihat...tpi aku sentiasa ingatkan pada diri...' kau tak boleh sakit iya...bukan sekarang.....bukan saat tugasan demi tugasan yang bertimbun ni perlu kau selesaikan...' but still....aku tetap jatuh sakit...nak buat macam mana....memang sejak azali lagi aku dikurniakan tubuh yang mudah jatuh sakit.....redha je la dengan apa pun yang Allah bagi....sesungguhnya penyakit tu penghapus dosa iya....

masih ada 3minggu untuk tiba hari tamatnya senarai list tugasan aku...bermakna aku tetap tak dapat memanjakan tubuh untuk berehat walaupun hakikatnya aku tak sihat....nak buat macam mana kan....tak semua perkara yang kita harapkan boleh kita dapat dalam dunia ni.....maka esok dan seterusnya, aku akan tetap cuba gagahkan diri mengharung hidup demi tanggungjawab dan amanah yang aku pegang....ya Allah....tabahkan hamba ini untuk terus bertahan.....

semalam....mak tiba di kl.....maka niat di hati nak jumpa mak hari ni...maklumlah...cuma hari ni yang aku ada untuk buat apa yang aku suka...nak harapkan hari hari lain...masa untuk diri sendiri pun kadang tak ada....walaupun hari ni sebenarnya aku ada bengkel professional exam di fakulti...namun aku cuma attend separuh hari sebab hati melonjak lonjak nak jumpa mak.....

habis bengkel sesi pagi, aku bergegas ke komuter dengan dihantar oleh nad....thanks a lot babe....sampai je di stesen, komuter baru je berlepas...terpaksalah aku menunggu hampir setengah jam sebelum tiba komuter seterusnya....akhirnya bila komuter sampai, aku pun menuju ke kl dengan harapan tinggi nak jumpa mak.....tapi....sejak pagi aku tak dapat call mak langsung....masa dalam perjalanan pun dapat sekali talian disambungkan, tapi terputus....hampanya hati.....

bila sampai di stesen pwtc, aku merambu kat hotel hotel sekitar tu cari mana tempat mak menginap...berpuluh kali cuba telefon mak, tetap juga tak dapat....akhirnya, ajah suruh aku tunggu je kat the mall...berjam jam aku tunggu kat sana....sampai habis kredit cuba hubungi mak....yang aku dapat dengar cumalah suara makcik celcom yang merdu tu....'you have reach the voicemail messege....'aaaarrgh!!!! dek kerana putus asa yang amat sangat, maka aku pun balik je la shah alam semula dalam perasaan hampa yang teramat....

sewaktu tiba di shah alam, dalam bas T529, tiba tiba telefon aku berdering....'oh bintang kau jauh...ku cuba 'tuk memetikmu...' mak call!!!!.....menitis air mata aku bila dengar suara mak....sepanjang perjalanan balik tu aku tahan mata dari menangis....akhirnya...aku dah tak peduli dah pada bangla bangla kt dalam bas tu....bila mak kata mak balik hari khamis, lagi la aku tak leh tahan....balik la hari jumaat mak!!....kita nak jumpa mak...hari lain kita xdapat jumpa mak....sedihnya hati.....tapi nak buat macam mana...

dah la hari ni aku tak berapa sihat.....sanggup aku ponteng bengkel semata mata nak jumpa mak...sanggup mengharung perjalanan untuk pergi kl....tapi xdapat pun jumpa mak....terkilannya rasa hati.....rindu kat mak...rindu kat bapak...rindu kat rumah....rindu kat kucing....rindu kat budak budak yang suka riuh riuh depan rumah tu.....rindu kat ayai....adik...ajah...icak...lolot....rindu kat encik awak....rindu kat semua orang yang selalu menceriakan hari hari.....tapi...selalu bila tiba saat macam ni....i have nobody to share my tears with.....what a poor me!!....

ya Allah.....berilah sekelumit tabah untuk hamba yang lemah ini.....hanya Engkau yang ada saat aku sendiri seperti ini.....aku mohon kekuatan wahai Tuhan...untuk aku selesaikan tugasan demi tugasan yang terlalu banyak tu.....dengan keadaan yang tak seperti diharapkan...dengan kesihatan yang tak begitu memuaskan...dengan emosi yang sangat tertekan....tolong ya Allah.....hamba ini butuh bantuan!......terima kasih untuk apapun anugerah Mu padaku ya Allah...semoga satu saat hati ini akan sedar...yang apapun Engkau berikan...walau mungkin bukan seperti yang aku harapkan....itulah sebenarnya yang terbaik yang sebaik baiknya untuk aku.....semoga akan mengertilah engkau wahai hati........

p/s: selamat hari lahir ke-70 untuk bapak tersayang.....semoga dipanjangkan usia dan dikurniakan bahagia sentiasa......izinkan aku untuk membalas segala jasa dan budinya yaAllah....berikan aku kesempatan itu.....

si durjana 6.30.....


waaargh.....binatang apa ni??....ini adalah gambar yang kami snap dari poster roomate an dan syarifah....dan kami berempat sebulat suara telah bersepakat bahawa binatang ini(yang akan di modified) akan menjadi logo untuk group kami bagi presentation class finance nanti....apa komen anda??....

sebenarnya sekarang kami berada dalam kondisi yang agak tertekan...bukan hanya kami...malah aku percaya hampir semua pelajar di mana mana universiti di seluruh malaysia ini sedang tertekan mengejar dateline yang makin hampir ke garisan penamat.....melihatkan pada check list yang aku senaraikan, rasanya nak bernafas pun tak sempat!!!....malah kerana berlumba dengan masa....seringnya kami brainstorming idea ketika sedang makan, dalam kereta, dalam bas, malah juga ketika mandi!!....

letih sebenarnya....tapi nad sering mengingatkan aku supaya jangan mengeluh....betul tu....mengeluh hanya membuatkan kita semakin putus asa walhal garis penamat sudah terlalu hampir di depan mata....sebenarnya....sekarang aku berada di foyer fakulti menanti class 3rd language pada jam 8.00 malam nanti.....dan sebenarnya juga...niat aku duduk di sini adalah untuk mencari isu bagi artikel english yang harus disiapkan secepat mungkin dek kerana takkan boleh delay lagi.....tapi......nampaknya durjana 6.30 telahpun berjaya menguasai!!!....hehehe

anda tau apa itu durjana 6.30??....durjana 6.30 adalah satu simptom yang di mana penghidapnya akan merasa malas dan otak menjadi tumpul hanya ketika jam menunjukkan pukul 6.30 petang sehinggalah menjelang selepas maghrib iaitu hampir jam 8.00 malam.....ini bukanlah penyakit yang terdapat dalam buku- buku anda sekiranya anda seorang yang berada dalam bidang medik....akan tetapi, ini hanyalah gelaran yang kami berikan kepada simptom ini yang telah kami lakukan eksperimen keatasnya berkali kali.....malah pernah, ketika simptom durjana 6.30melanda, untuk menyelesaikan satu soalan matematik yang semudah 1+1=2 pun aku perlu mengambil masa lebih 30minit!!...dahsyat kan simptom ni??

maka...untuk siapa siapa yang merasakan anda juga pernah mengalami keadaan atau simptom simptom seperti ini, ia adalah merupakan durjana 6.30.....anda dinasihatkan supaya tutup buku walaupun anda adalah seorang yang tersangat rajin...ini adalah kerana anda hanya membuang masa yang boleh dimanfaatkan untuk perkara perkara lain....pergilah bersiap sedia mandi dan bersedia untuk menanti maghrib, ataupun siram pokok bunga, main kejar kejar dengan kucing, ataupun merepeklah di blog seperti yang aku sedang lakukan sekarang ni.....

oklah....rasanya cukup untuk aku merepek sekarang ni....baik aku pun tutup laptop, pergi surau dan tunggu azan maghrib kan??...sebab malam ni ada test writing n listening untuk subjek 3rd language....tak leh lambat masuk class....doakan kejayaan aku.....semoga kita semua sama sama berjaya....amiinnn.....

peringatan untuk saya.....

17032009 BEL442 article review
18032009 BAB401 writing test (writing, listening)
19032009 FAC402 quiz #2
20032009 BAB401 reading test

23032009 BAB401 oral test
24032009 BEL442 analysis of article
25032009 FIN403 submit of group project
MKT404 test #1
26032009 ASC425 presentation of group project
27032009 BEL442 submit first draft of research report

30032009 FAC402 test #2
31032009 BEL442 presentation of research report
01042009 FIN403 test #2
MKT404 submit & presentation of individual assignment and group project
02042009 ASC425 test #2

06042009 BAB401 submit of group video project
07042009 BEL442 submission of final report
08042009 FIN403 presentation of group project

ya Allah...berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua dugaanMu ini dengan tabah wahai Tuhan...sesungguhnya aku hanya hambaMu yang serba dhaif dan kekurangan....maka aku mohon dengan sangat....berjuta kekuatan untuk aku terus tabah menghadapi ranjau dan rintangan disepanjang perjalanan......aku mohon dengan sangat ya Allah.....semoga segala yang Kau berikan ini adalah yang terbaik, yang sebaik baiknya untukku wahai Tuhan...dan semoga diperkenankan segala permintaan.....amin.......

selamat pengantin baru shida....


tahniah diucapkan kepada rashidah husuno, sahabat yang baik ketika di smakj dahulu...akhirnya bergelar isteri untuk suami tercinta....majlis di adakan di rumah beliau bertempat kluang, pada 15 march 2009....selamat pengantin baru shida...semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat hendaknya...amin....


antara yang hadir pada hari persandingannya itu ialah wana, ainun, istiqamah, dila, acid, kimin dan fahmi....dan termasuklah aku....walaupun tak ramai, tapi kami tetap meriah gitu....namun aku turut menumpang simpati pada wan, kudit dan jai yang terkandas di sayong dek kerana kereta rosak.....terlepas peluang mereka untuk turut meraikan hari bersejarah shida....akhirnya mereka patah semula ke jb dan kudit serta jai menuju ke ayer hitam dengan menaiki bas....

setelah menjemput mereka di bus stand ayer hitam, kami berlima pun meneruskan perjalanan menuju ke nilai....dalam perjalanan, kami sempat terserempak dengan satu kemalangan maut melibatkan motosikal....dan oleh kerana aku duduk di bahagian belakang pemandu, nampak la jugak mayat yang bergelimpangan tu...walaupun polis tutup dengan plastik hitam, tapi tangan dia terkeluar.....dan astaghfirullah hal azim......darah bertaburan atas jalan raya tu...Allah je yang tau macam mana kecutnya perut aku saat tu.....

tiba maghrib, kami singgah di ayer keroh untuk makan dan solat.....nasib aku agak malang agaknya hari tu...aku kehilangan gelang tangan kesayangan entah dimana......terkilan rasanya hati....sebab dah bertahun tahun aku pakai gelang tu....tapi tak pe lah...walaupun sedikit kecewa....redha je lah...semoga Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik insya'Allah.......

kami menurunkan jai di hentian seremban hampir jam 9.30 malam.....sesudah tu,mengikut plan asalnya,mereka nak turunkan aku di ktm nilai....mane la tau tiba tiba kudit risau pulak....tak pasal pasal hampir kami bertekak dalam kereta tu....akhirnya mereka menurunkan aku di ktm batang benar pada jam 10.05 malam.....

akhirnya aku tiba di kl sentral hanya pada jan 11.10 malam.....perkhidmatan ktm untuk ke shah alam dah pun tamat...terpaksa juga menyusahkan nad dan aisya untuk menjemput aku disana.....terima kasih kalian.....akhirnya aku hanya tiba di rumah tepat 12 malam....alhamdulillah.....selamat juga tiba akhirnya......tugasan demi tugasan menanti....semoga Allah akan sentiasa merahmati...amin.....

untuk kudit: maaf dit....aku bukan berniat nak tinggi suara pada kau...aku faham....kau sayang dan risaukan aku.....tapi maaf....aku tak boleh mengalah pada ketakutan.....walhal hati ni sebenarnya turut gelisah waktu tu.....tapi aku perlu jadi berani...aku perlu hadapi risiko....aku tahu bahaya....namun aku harus berdepan dengan semua tu untuk survive....aku harap kau faham semua tu dit....dan tawakallah pada Allah...semoga Dia akan sentiasa melindungi kita dari sebarang kejahatan dan bahaya......amin.....

menjadi diri sendiri......


apa kaitannya kek anis ni dengan entri ni??...saja nak tayang kek yang cambest ni ke atau nak cerita pasal besday anis??...tak lah...hari ni bukan birthday anis...lambat lagi...dan kek ni pun adalah kek dia tahun lepas.... tak tau kenapa....tiba tiba bila tengok gambar ni...aku teringat pada sambutan hari lahir aku yang ke-10 12 tahun yang lepas.... tiap tiap tahun, aku dan yang lain lain akan dapat sebijik kek sebagai hadiah dari mak pada hari lahir kami.... untung kan ada mak yang pandai buat kek??...jangan jeles tau....hehe.... dan tak sangka....aku masih boleh ingat kek kek yang mak buatkan untuk aku walaupun dah bertahun tahun berlalu....terima kasih mak...kita saaayang mak!!!....

masa tu....aku tak ingat kek tu warna apa....tapi yang aku sangat yakin dan pasti...kek tu comel sangat sebab dia ada pagar warna-warni guna coklat panjang panjang yang beli dalam kotak plastik...lepas tu atas dia ada bunga....dan mestilah ada tulis atas tu 'happy birthday jihah ke-10'....huhu....n aku ingat jugak...masa sambut besday aku tu....funeral untul princess diana....hampir semua televisyen keluarkan upacara tu....nak buat macam mana kan...terpaksalah aku potong kek sambil tengok upacara funeral...hahaha.....

tu cerita 12 tahun yang lepas.....tak sangka dah lama semua tu berlalu kan....rasa macam baru je....tapi dah lama rupanya....12tahun dulu anis pun belum lahir lagi...sekarang dia dah besar dah.....lamanya......aku yang 10tahun tu dah pun besar panjang menjadi aku yang 21tahun setengah....besar kan??....macam tak percaya je...tapi tu la hakikatnya.....

makin besar kita, makin banyak perkara baru yang kita temui....dan pembaharuan pembaharuan tu la yang mencorakkan kita menjadi kita yang sekarang ni.....semakin berkembangnya otak kita....kita bebas berfikir dan memilih untuk menjadi siapa kita saat ni....sama ada pilihan tu baik ataupun buruk.....kita yang memilihnya...bukan orang lain.....namun kadang kala....apa yang kita yakin terbaik untuk kita buruk rupanya di mata orang lain.....tapi apa hak mereka nak menentukan hidup kita??....mereka mungkin boleh menilai.....tapi kita sendiri yang memtuskan untuk mengubahnya ataupun tidak....

teringat saat aku memutuskan untuk meneruskan pengajian di sini....terlalu ramai yang mempersoal dan mempertikaikan.....kenapa UiTM??...kenapa bukan U lain??...kenapa diploma??....bukankah kau layak menyambung untuk degree??....malah seorang guru ku yang baik di Maahad juga turut memarahi kedegilanku untuk tatap berada di sini dek kerana aku memiliki sijil STAM dengan takdir mumtaz....katanya...andai keputusanku bukan mumtaz, pastinya dia pun tak begitu kisah andai aku ingin terus menukar haluan seperti ini.....maaf cikgu....saya harus menjadi diri sendiri....

aku tak mampu membohongi diri sendiri.....jiwaku di sini....di aliran ini...dalam bidang ini....dan sangat sangat aku bersyukur.....aku masih punya keluarga dan insan insan terkasih yang sangat memahami......merekalah pendukung dan penyokong semangat aku selama ini.....biar bukan sekali hati terguris, namun aku tetap bertahan kerana aku tahu mereka tetap di sisi....aku takkan menyalahkan mereka yang mempertikaikan keputusan ku....aku tahu mereka sedikit pelik...aku melawan arus.....siapa pun akan mempersoalkan bukan??...

biarlah....aku kesini mencari jiwa...dan aku benar benar menemuinya....dan apa yang menjadi bekalanku saat ini adalah kata kata dari ustazah nora satu masa dulu....' sekolah ini mewujudkan aliran sains bukan untuk mencipta ulamak....namun kita mahu mengeluarkan cerdik pandai sains yang celik agama'.....benar katanya....hakikatnya kami sendiri sedar yang sains terlalu mengetepikan hukum Allah selalunya....sebab itu ramai yang menghukum dari menilai.....walhal hukuman itu milik Allah seluruhnya bukan??....tak semestinya seorang engineer yang bukan dalam bidang agama akhirnya akan ke neraka kan??....dan tak semestinya juga seorang aktuari yang bergelumang dalam riba' dan perjudian tak akan ada harapan untuk ke syurga!...

setelah aku temui jiwaku di sini.....aku tahu....aku harus punya misi.....aku harus benar benar menjadi seorang 'cerdik sains yang celik agama' dan aku juga harus membuktikan....aku disini untuk 'mencari jalan halal untuk kebaikan yang haram'.....itu pesanan ustaz ramawan kepada kami.....'bidang ini terlalu dikuasai oleh kaum lain yang telah merosakkan kebaikannya....insurans sinonin dengan riba' dan perjudian...maka menjadi tugas kamu untuk mencari jalan halal bagi keharamannya'......benar ustaz.....semoga kami akan mampu mengubah dominasi haramnya.....

entahlah.....aku harap semua orang akan mengerti....namun aku juga tahu....manusia punya fikiran dan idea yang berbeza beza....aku hanya ingin menjadi diri sendiri....tapi aku juga takkan mengenepikan nasihat dari semua...itu bekalan untuk aku meneruskan hidup dengan lebih bererti.....doakan aku di sini.....aku ingin berbakti dengan caraku sendiri....jalanan kita barangkali berbeza.....namun aku pasti....hati kita tetap sama....mencari redha Allah dalam setiap apa yang dilalui.....semoga akan ada bahagia abadi akan menanti......

p/s: menanti kek yang cantik untuk tahun ini.....i love u mak!!.....=)

meroyan......




semalam, kami berlima si insan-insan tertekan telah pun membazirkan sehari suntuk di kl....almaklum....dek kerana modul LPPKP kami pada hari ini dan esok, maka kami pun tak dapat pulang ke kampung menghabiskan cuti 4hari kami....operasi kami meround bukit bintang ternyata berjaya apabila kami telah menghabiskan hampir 10 jam di sana...hehehe...

setibanya di plaza BB, setelah park kereta, kami berjalan kaki menuju ke pavillion....saja exercise sebelum memenuhkan perut...hehe....entah berapa jam kami habiskan masa untuk makan di sana, langsung tak cari apa apa sebab rasa tak mampu....pavillion betul2 tempat orang kaya....segan bila masuk ke sana....sampai tempat makan pun macam ekslusif giler...padahal makan pizza je....


selesai makan kami jalan kaki semula ke sungei wang...teman ida nak survey handphone....nak tukar phone baru katanya....ape lagi...kami pun memulakan sesi survey kat sungei wang tu...hampir seluruh kedai handphone kami singgah...dan akhirnya...dek berkat mulut aku yang ramah menawar harga, kami bukan setakat survey handphone, bahkan ida, idah dan nad akhirnye terpujuk untuk membeli handphone baru...hehe...kaye tokey kedai handphone tu kan...kenapa la agaknye dia tak nak bagi aku komisyen sikit??...agaknye sebab aku dah tawar keterlaluan banyak kot!!....=P



setelah puas mereka membeli belah handphone baru dan setelah letih jugak mulut aku bercakap xberhenti henti dengan tokey kedai handphone tu, kemudiannya kali ini kami singgah di low yatt...bukan untuk cari laptop pulak...tapi untuk solat...huhuhu....sibuk shopping pon solat jangan lupa tau kawan kawan!!!....

usai solat kami berjalan pulak ke times square.....dahsyat kami hari ni....betul betul shopaholic.....kat times square, kami teman an pulak cari beg....habis semua kedai beg di surveynya.....akhirnya.....oleh kerana an tak tau nak buat pilihan antara beg pink atau beg jeans yang kedua-duanya sama cantik, sama harga dan sama murahnya...maka an borong kedua-duanya sekaligus.....hebat betul dia...hehe.....

dan aku pulak.....oleh kerana takde plan nak membeli apa-apa dan kebetulan....novel cecelia ahern dan dvd condor hero yang menjadi idaman tu masih lagi belum cukup duit nak beli, maka aku cuma membeli dvd hana yori dango 1 & 2 yang dah bertahun tahun aku berangan untuk miliki tu.....dapat jugak akhirnya menambah koleksi......

maka selepas tu, kami pun baru la rasa letih bershopping.....tapi kena jalan lagi sebab kereta park kat BB plaza....sebelum tu, singgah dulu kat surau sungei wang untuk solat maghrib pulak.....barulah bertolak pulang.....letih...tapi rasa sedikit lega sebab ini kali pertama kami berpeluang untuk keluar menghabiskan masa bersantai tanpa perlu memikirkan tentang tugasan tugasan yang super banyak tu......

at last.....setelah mengharung jem kat kl yang super panjang tu, dan terlepas peluang nak jumpa zaza untuk celebrate besday dia sama sama..(anyway, happy birthday za!!)....tiba jugak di rumah akhirnya......welcome to the real life ieya.....your pending assignments are there waiting for you to complete them.....chayok chayok......good luck dear!!.....

p/s: terima kasih ya Allah...sekurang kurangnya aku masih punya kesempatan untuk menikmati hidup bersama kawan kawan.....dan terima kasih pada nad, an, ida dan idah....you guys are really great!!.....

target financial: teruskan berusaha kumpul duit untuk dapatkan novel-novel cecelia ahern dan dvd condor hero tu....ganbatte kudasai!!!......

diari blur.......

lamanya dah aku tak update blog ni....lebih seminggu rasanya....terlalu banyak bermain kejar-kejaran bersama sang masa benar benar meletihkan....terlalu banyak yang aku kejarkan dan terlalu banyak juga yang aku ketinggalan......ada satu saat aku seakan akan terasa hampa.....namun masih juga jiwa cuba menenangkan hati.....sabarlah.....untuk setiap apa yang kau kejar...pasti akan ada yang kau akan keciciran.....pengorbanan adalah suatu kemestian untuk setiap ganjaran yang diberikan kan??....

tadi siang....aku mengira tugasan yang perlu disiapkan dalam masa lebih kurang sebulan yang masih bersisa ni.....dan check list yang terhasil sungguh sungguh memeranjatkan......aku hanya punya masa yang kurang dari sebulan dan aku masih punya hampir 15 tugasan yang perlu disempurnakan!!....Subhanallah.....semoga aku akan punya kekuatan dan diberikan keizinan untuk menyempurnakan semuanya hingga selesai.....bantu aku ya Allah....untuk setiap kesulitan dan kesukaran......

semalam aku meneman syai dan nad ke idp subang jaya....mereka mengisi borang permohonan untuk ke luar negara......entah kenapa...dalam hati juga punya rasa untuk mara bersama mereka......namun wajah bening mak terbayang dilayar kepala.....pastinya aku takkan mendapat keizinan.....biarlah.....rezeki ku mungkin di sini....UiTM bumi bertuah ini...biarlah apa yang orang lain kata.......aku merantau ke sini semata mata untuk apa yang digelar ilmu dan pengalaman......terpulang pada semua untuk menilai.....bukan mereka pun nanti yang akan menanggung seluruh hidupku......malah aku bukan orangnya yang memulakan tanpa mengakhirkan....apa yang aku mulakan pastinya akan aku tamatkan.....maka 2tahun yang singkat ini akan aku cuba manfaatkn dengan semaksima mungkin.....

semalam juga aku tabahkan hati melangkah ke kelas en.zarul.....biar malam seakannya menggoda untuk aku pulang.....namun aku tetap ke sana.....ternyata percubaanku buat kesekian kalinya ini benar benar memberikan kekuatan baru.....dengan bekalan nasihat dan sokongan dari seorang kawan yang baik......serasa bagai disuntik semangat baru.....malah juga aku dan nad berjaya menyelesaikan hampir 5soalan dalam masa sejam setengah...sangat memberangsangkan!!.....anda jangan ketawa....andai anda berada dibidang ini.....anda akan tahu bagaimana payahnya untuk menyelesaikan walau hanya satu soalan.....cukup rumit.....

bergelar pelajar benar benar mengajar aku yang berusaha tanpa putus asa akan sentiasa ada ganjaran bahagia diakhirnya...walau mungkin bukan dalam bentuk yang kita minta.....barangkali menjelma menjadi sebaliknya....Allah lebih mengerti apa yang diberikan kepada hamba-hambaNya....bukankah ada nasihat yang mengatakan....'kita mungkin sentiasa mengharap mentari akan sentiasa bersinar cerah selamanya...namun Allah lebih mengetahui hakikat mengapa hujan perlu diturunkan ke dunia.....'...benar.....kita mungkin tak mengerti hakikat kenyataan dihadapan mata.....tapi.....hikmahnya seringkali terlupa untuk kita renungkan kebenarannya......

sabarlah wahai hati....tabahlah wahai diri.....tersenyumlah wahai wajah......redha dan relakan semua ketentuan Tuhan kepadamu......orang yang redha akan sentiasa tenang hatinya.....hapuskan semua air mata yang mengalir dicelahan hidup.....kau mungkin takkan tahu apa yang akan merintang dihadapan perjalananmu ini....tapi sentiasalah yakin dan berbaik sangka kepadaNya.....kerana Dia lebih tahu....itulah yang terbaik untuk kamu.......semalam...hari ini...esok...dan sampai bila bila......