jom kira kira!!!!_part1

ini adalah jawapan untuk persoalan ustaz faridrashidi....saya harap jawapan saya ini dapat membantu sedikit sebanyak kemusykilan....

soalan ustaz ialah bagaimana pengiraan saham mengikut cara konvensional.

jawapan saya, soalan ini adalah terlalu umum kerana ada banyak cara pengiraan saham dan saya kurang pasti sama ada ustaz mahukan cara pengiraan untuk individu yang melabur ataupun kiraan di papan papan bursa. maka, di sini saya cuba menerangkan tentang cara kiraan paling asas bagi individu yang melabur serta bacaan di papan bursa.

kiraan keuntungan pelaburan saham bagi individu.


1. cara faedah mudah (simple interest)


sekiranya saya melaburkan rm100 bagi pelaburan yang menjanjikan faedah sebanyak 6% selama setahun, maka pada akhir tempoh setahun tersebut, saya akan mendapat keuntungan sebanyak rm6.

( 1 x 0.06 x 100) = 6

1 = tempoh pelaburan
0.06 = faedah keuntungan
100 = jumlah pelaburan

bererti, jika saya melabur selama 10 tahun, maka keuntungan saya adalah sebanyak rm60.

2. cara faedah campuran (compounded interest)


cara kiraan ini sedikit rumit, namun, ia menjanjikan keuntungan yang lebih berbanding cara faedah mudah. ini kerana, keuntungan digandakan berasaskan berapa jumlah wang yang terdapat dalam pelaburan kita, bukannya berapa jumlah asas pelaburan kita.

keuntungan bagi tahun pertama:

sekiranya saya melabur sebanyak rm100 bagi faedah yang sama iaitu 6% setahun, maka pada akhir tahun tersebut saya akan memperolehi keuntungan sebanyak rm6.

( 1 x 0.06 x 100) = 6

namun ini bererti, jumlah wang pelaburan saya untuk tahun seterusnya telah bertambah kepada rm106.

100 + 6 = 106

maka,
keuntungan untuk tahun kedua:

(1 x 0.06 x 106) = 6.36

keuntungan bagi tahun kedua saya telah meningkat kepada rm6.36.
bermakna wang pelaburan bagi tahun ketiga ialah rm112.36.

100 + 6 + 6.36 = 112.36

dan kiraan ini diteruskan sehinggalah ke tahun akhir pelaburan saya tersebut.

namun formula ini diringkaskan untuk memudahkan pengiraan.

S = P ( 1+i ) ^ n

S = jumlah terkumpul
P = jumlah asal pelaburan
i = faedah tahunan
^ = kuasa
n = tempoh pelaburan

bermakna jika saya melabur untuk tempoh selama 10 tahun, maka jumlah terkumpul bagi wang saya termasuk pelaburan asal ialah rm179.08.

S = 100 ( 1 + 0.06) ^ 10
S = 179.08

bermakna keuntungan saya adalah sebanyak rm 79.08.

# ini ialah cara pengiraan paling asas, namun nilai keuntungan bergantung kepada tempoh dan jumlah pelaburan individu tersebut.
# to be continue.....

0 pesanan untuk saya:

Post a Comment