jom kira kira!!!!_part2


ini pula ialah cara bacaan bagi papan bursa.


ini ialah contoh laporan di papan bursa bagi sebuah syarikat yang tersenarai.

close = harga saham tersebut ditutup
+/- = untung atau rugi
vol ('00)= saiz jualan saham per 100
PE = nisbah harga saham per untung
DY = hasil dividen
high = harga tertinggi dicatatkan sepanjang hari tersebut
low = harga terendah dicatatkan sepanjang hari tersebut
unch = tidak berubah (unchange)

#bagi PE dan DY mempunyai kaedah kiraannya sendiri.

maka untuk bacaan bagi hari selasa:

harga saham tersebut ditutup pada kadar rm 0.445 dan saham ini telah mencatat keuntungan sebanyak rm 0.025. harga tertinggi yang dicatatkan sepanjang hari tersebut ialah rm 0.445 begitu juga harga terendah.

maka untuk hari rabu:

saham dibuka denga harga penutupan semalamnya iaitu rm 0.445. ia ditutup dengan harga rm 0.43. maka saham tersebut telah mengalami kerugian sebanyak rm 0.015. manakala harga tertinggi dicatatkan ialah rm 0.43 dan harga terendah rm 0.39.

bacaan untuk hari khamis:

saham dibuka pada harga rm 0.43 dan ditutup pada harga rm 0.42. kerugian telah dicatatkan sebanyak rm 0.01. harga tertinggi dicatatkan ialah rm 0.42 manakala harga terendah ialah rm 0.40.

hari jumaat:

saham dicatatkan tidak berubah kerana ditutup pada harga pembukaanya iaitu rm 0.42. catatan bagi harga tertinggi sepanjang hari tersebut ialah rm 0.43 dan harga terendah ialah rm 0.38.

#maaf sekiranya ada kesilapan.
harap jawapan saya sedikit sebanyak dapat membantu kepeningan ustaz...=)

2 pesanan untuk saya:

Ibnurashidi said...
May 18, 2009 at 7:12 AM

Assalamualaikum,

Terima kasih di atas info dan penerangan berguna. Moga ia dapat membantu saya menghadapi peperiksaan.

Cuma ada beberapa persoalan. Harga pasaran ditentukan oleh apa? siapa yang mengawalnya? adakahs setiap pelabur perlu membayar wang dahulu atau bagaimana?

starz said...
May 18, 2009 at 10:11 PM

waalaikumsalam wbt...

1.harga pasaran biasanya ditentukan oleh pasaran (market) itu sendiri, bergantung kepada untung atau rugi satu satu perniagaan tersebut.

contohnya, sekiranya sebuah syarikat mendapat keuntungan yang banyak, maka ramai orang akan tertarik untuk melabur di syarikat tersebut. demand yang banyak serta supply yang terhad akan membuatkan harga bagi saham tersebut meningkat. (prinsip asas ekonomi)

2.sebuah badan yang mengawal harga saham dinamakan 'securities commissionner'

3. setiap pelabur mestilah membayar wang terlebih dahulu sebelum digelar pelabur. wang ini dipanggil sebagai pelaburan dan digunakan untuk menjalankan perniagaan syarikat yang mengeluarkan saham tersebut. dan keuntungannya akan dipulangkan mengikut faedah yang telah dijanjikan, dalam tempoh masa yang telah dijanjikan ketika pelaburan dibuat.

Post a Comment